Search This Blog

My Blog List

Thursday, 9 May 2013

Contoh RPH dan penilaian Bidang A:Mengambar


MENGGAMBAR
Tahun                                   : 1
Bidang                                  : MENGGAMBAR
Aktiviti                                  : Capan
Tema                                     : Alam Semulajadi
Tajuk                                     : Buah
Masa                                     : 60 minit
Media                                   : Alatan – Berus warna, gumpalan kertas pelbagai jenis (surat khabar lama,
                                             kertas kotak, kertas A4)
                                                : Bahan – Kertas Lukisan, warna tempera, warna poster atau warna air
Bahan Bantu Mengajar  : Gambar buah-buahan, Contoh hasil karya dari teknik capan
EMK                                       : kreativiti dan Inovatif
         
STANDARD KANDUNGAN
  1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.
  2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
  3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya.
  4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
      Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya
      seni.
1.1.1     Unsur Seni
1.1.1.1 Rupa – Organik
                                1.1.1.2 Jalinan – Tampak
               1.1.1.3 Bentuk – ilusi
                                1.1.1.4 Warna – warna primer


1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1 Harmoni                - Jalinan dan rupa
1.1.2.2 Kesatuan               - Jalinan dapat menghasilkan satu gubahan yang menarik.

1.2 Aplikasi Seni                               
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat          - Palet, berus warna, gumpalan kertas
1.2.1.2 Bahan     - Kertas lukisan, warna tempera, warna poster atau warna air

1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik    - capan
1.3 Ekspresi Kreatif                         
Murid dapat menaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (warna, rupa, dan jalinan) dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.3.4 Menggunakan prinsip rekaan dalam aktiviti menggambar teknik capan.

1.4 Apresiasi Seni                            
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.
1.4.2  Menceritakan karya sendiri secara lisan.
1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.





STANDARD PEMBELAJARAN
ILUSTRASI AKTIVITI

Set Induksi :
-          Guru menyuruh murid mengutip kertas yang terdapat di persekitaran mereka.
-          Guru meminta murid merenyuk kertas menjadi gumpalan.
-          Guru memanggil beberapa orang murid dengan gumpalan kertas masing-masing ke hadapan kelas dan menunjukkannya kepada rakan-rakan.
-          Meminta murid membandingkan saiz gumpalan kertas.

Persepsi Estetik

-          Guru menerangkan kesan permukaan yang terdapat pada gumpalan kertas dengan menghubungkaitkan bahasa seni visual iaitu jalinan – kasar dan halus.
-          Guru memberitahu bahawa kesan permukaan media yang dipilih dapat menghasilkan gubahan yang menarik.
-          Guru menunjukkan contoh kesan jalinan yang pelbagai serta karya yang telah disiapkan.


Aplikasi Seni

-          Guru menunjukkan beberapa gumpalan daripada pelbagai jenis kertas.
-          Murid membezakan jalinan yang terdapat pada gumpalan pelbagai jenis kertas.
-          Guru memberitahu murid bahawa media tersebut boleh digunakan dalam aktiviti capan.

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan gambar buah dengan teknik capan gumpalan kertas.

Langkah 1
  • Guru mengedarkan kertas lukisan dan tiga warna primer
  • Murid melakar rupa buah


Langkah 2
  • Murid membuat pelbagai saiz gumpalan kertas daripada pelbagai jenis kertas.
  • Murid membuat aktiviti capan dengan menggunakan warna primer bagi menghasilkan gambar.



Apresiasi Seni

-          Murid menceritakan hasil karya sendiri secara lisan.
-          Guru menerangkan fungsi hasil karya tersebut boleh digunakan sebagai hiasan dinding dan sebagainya.
EMK - kreativiti dan Inovatif.
-          Karya yang menarik akan dipamerkan di bilik seni/ruang tertentu (membuat kemasan-bingkai mounting board)
EMK - Keusahawanan.
-          Murid digalakkan untuk bertukar-tukar bahan / contoh kertas, warna,bahan capan).
-          Guru memberi peneguhan dan membuat rumusan.














  1. PENILAIAN FORMATIF KSSR
KEMAHIRAN YANG DINILAI
INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN
Cemerlang                                             ( 16 - 20 Markah )
Sederhana                                        ( 8 - 15 Markah )
Lemah                                               ( 1 - 7 Markah )

1.             PERSEPSI  ESTETIK (20%)
  • Mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
             

·         Menunjukkan pengetahuan unsur seni yang sangat tinggi
·         Menunjukkan pengetahuan prinsip rekaan yang sangat tinggi

·         Menunjukkan pengetahuan unsur seni  yang sederhana
·         Menunjukkan pengetahuan prinsip rekaan yang sederhana



·         Menunjukkan pengetahuan unsur seni  yang lemah
·         Menunjukkan pengetahuan prinsip rekaan yang lemah


2.            APLIKASI SENI (20%)
  • Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

Cemerlang                                             ( 16 - 20 Markah )
Sederhana                                        ( 8 - 15 Markah )
Lemah                                               ( 1 - 7 Markah )
·          Mengenal dan menyatakan jenis media yang sangat tinggi
·          Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya yang sangat tinggi

·           Mengenal dan menyatakan jenis media yang sederhana
·          Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya yang sederhana
·       Kurang  mengenal dan menyatakan jenis media
·          Kurang mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

3. EKSPRESI KREATIF (30%)
·       Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
Cemerlang                                             ( 21 - 30 Markah )
Sederhana                                        ( 11 – 20 Markah )
Lemah                                               ( 1 – 10 Markah )

·      Memilih dan memanipulasikan bahan secara sangat kreatif

·      Menggunakan unsur seni yang tinggi dalam penghasilan karya

·      Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual yang tinggi



·      Memilih dan memanipulasikan bahan secara sederhana kreatif

·      Menggunakan unsur seni yang sederhana dalam penghasilan karya

·      Menghasilkan model menggunakan bahasa seni visual secara sederhana



·      Lemah dalam memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif

·      Lemah menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya

·      Lemah menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
·                                  4.  APRESIASI SENI (25%)
·         Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual




Cemerlang                                             ( 18 - 25 Markah )
Sederhana                                        ( 8 – 17 Markah )
Lemah                                               ( 1 – 7 Markah )

·      Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan dengan sangat menarik

·      Menceritakan karya sendiri secara lisan dengan keyakinan yang tinggi
·         Memberi penghargaan sangat tinggi terhadap karya sendiri dan rakan              .

·      Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan dengan menarik

·      Menceritakan karya sendiri secara lisan dengan yakin

·      Memberi penghargaan yang sederhana terhadap karya sendiri dan rakan

·      Kurang menarik dalam mempamerkan hasil karya

·      Kurang keyakinan dalam menceritakan model sendiri secara lisan
·         Lemah dalam memberi penghargaan terhadap karya sendiri dan rakan.





5.  SIKAP DAN SAHSIAH (5%)
Cemerlang                                             ( 4 – 5 Markah )
Sederhana                                        ( 2 – 3 Markah )
Lemah                                               ( 0 – 1 Markah )
·         Komitmen yang tinggi terhadap tugasan yang diberi
·         Ada komitmen terhadap tugasan yang diberi


·         Kurang komitmen terhadap tugasan yang diberi

No comments:

Post a Comment